Instrumen Saya dan
Stres dikemukakan oleh Profesor
Dr.Haji Mohamed Anuar bin Haji Yusuf khusus untuk melihat tahap-tahap peristiwa
yang dilalui dan memungkinkan individu itu berada dalam situasi stres. Instrumen
ini mengandungi 32 item dengan pilihan jawapan pada skala markat 1, 2, 3 dan 4.
Jumlah markat ini digabungkan dan membawa kepada satu jumlah keseluruhan yang
boleh ditafsirkan. Berdasarkan jumlah itu individu dapat melihat tahap stres yang
ada pada diri mereka.
Item yang disoal merangkumi situasi di tempat kerja seperti :
·
Saya menumpukan perhatian
kepada kerja untuk melupakan masalah peribadi
·
Saya merasakan peranan saya
dalam organisasi tidak bernilai
·
Saya sampai lewat ke tempat
kerja atau mesyuarat penting
·
Saya tidak mempedulikan
kekurangan profesionalisma dan fizikal saya.
·
Saya terlalu sibuk untuk keluar
makan tengah hari dengan kawan- kawan dan rakan sekerja semasa waktu bekerja.
·
Saya malu untuk memberitahu
orang lain apabila banyak kerja
·
Saya mengelak dari mengagih
tugas kepada orang lain
·
Saya terus membuat kerja tanpa
menyusun kerja-kerja mengikut keutamaan
·
Saya merasakan saya perlu
menyelesaikan kerja-kerja tertangguh setiap hari
·
Kerja menjadi keutamaan
berbanding keluarga
Sementara itu Item yang memperlihatkan sikap atau peribadi pula
ialah :
·
Saya memendam masalah sehingga
saya rasa seperti hendak meletup.
·
Saya menyalahkan diri sendiri
apabila berlaku masalah di tempat kerja
·
Saya melepaskan rasa marah dan
kecewa kepada orang yang hampir.
·
Saya menyedari perubahan negatif
pada tingkah laku saya apabila berada dalam keadaan.
·
Saya lebih berfokus kepada perkara
yang negatif berbanding positif dalam
hidup
·
Saya bertindak negatif terhadap
tindakan peribadi
·
Saya mengelak dari menunjukkan
emosi yang sebenar di tempat kerja atau di rumah.
·
Orang lain mengambil kesempatan
ke atas saya apabila saya tidak tegas
·
Takut gagal menghalang saya
dari mengambil tindakan atau keputusan
·
Saya menjadi kurang sabar jika
sesuatu tidak berlaku sebagaimana yang dirancang.
Berdasarkan item yang dikemukakan memperlihatkan pada
kita stres boleh berpunca 1. Sikap individu itu sendiri
Penampilan diri dengan pemikiran negatif dan
keengganan berinteraksi dengan baik di tempat kerja memungkinkan bahaya stres.
Sikap kurang sabar, takut dan cepat marah, menyalahkan diri sendiri dan tidak
asertif boleh menyebabkan tekanan dan gejala stres dalam kalangan pekerja di
pejabat
2
Situasi di tempat kerja.
Bebanan
kerja yang gagal diurus dengan baik boleh membawa padah stres. Hubungan dengan
majikan dan rakan sekerja juga merupakan elemen penting ke arah menentukan
individu itu stres atau tidak.
PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN STRES
Skor
|
Indikator
|
32 - 40
|
Kurang stres
|
41 – 64
|
Mampu urus stres
dengan baik
|
65 – 95
|
Stres dalam
keadaan selamat
|
96 - 128
|
Kadar stres yang
tinggi
|
Skor 32 – 40 : Kurang
Stres
Jika skor anda adalah antara 32 hingga 40 ini menunjukan anda
seorang yang tenang dan periang. Anda
mempunyai ketahanan fizikal iaitu mampu
berhadapan dengan pelbagai masalah dan menyesuaikan emosi anda dalam perlbagai
situasi. Anda juga dilihat sebagai mempunyai kesihatan mental yang baik dan
bermotivasi dalam melaksanakan kerja Sekiranya sesuatu tugasan itu diberikan
kepada anda, anda mampu melakukan tugas dengan baik
Skor 41 – 64 : Mampu urus stress dengan baik,
Jika skor anda berada dalam lingkungan 41 hingga 64 markah anda
dilihat sebagai individu yang mempunyai cita-cita tinggi. Anda cuba
mencapai cita-cita dan harapan anda. Dalam usaha mengejar impian yang tinggi
itu anda mungkin mudah stres tetapi kelebihan yang ada pada anda ialah anda
dapat mengawal diri dan mampu mengurus stress yang dialami dengan cara yang
positif sehingga tidak membawa kesan buruk kepada diri anda.
Skor 65- 95 : Stres dalam keadaan selamat
Jika keseluruhan markah yang anda perolehi berada dalam lingkungan
65 hingga 95 menunjukan anda seorang yang teliti. Anda dilihat sebagai tidak
suka mendesak. Anda seorang yang teliti dan hormat. Anda stres tetapi dalam keadaan yang selamat dan
masih dapat mengawal stres dari memburukkan situasi hidup anda.
Skor 96 – 128 : Kadar
stress yang tinggi
Setelah mengumpul
markah dan didapati markah keseluruhan anda ialah 96 -128, jelas menunjukan
kadar stres anda adalah pada kadar yang tinggi. Anda seorang yang perisau dan
senang tertekan dengan masalah membawa kepada stres. Tanda-tanda berikut
mungkin kelihatan pada diri anda iaitu.
- Secara fizikalnya mudah pening,
dijangkiti ruam pada kulit, sakit pada bahagian dada dan sakit perut yang
semerta.
- Dari segi emosi anda tampak
murung, agresif semasa berinteraksi dengan orang lain, selalu gugup, mudah
menangis walaupun dalam keadaan tidak sepatutnya.
- Dari segi mental didapati orang
yang stres itu kurang tumpuan terhadap kerja atau pelajaran, mempunyai daya
ingatan yang lemah dan tidak rasional
semasa membuat penilaian ke atas sesuatu isu atau perkara atau individu lain.
- Ia juga melibatkan tingkah laku
seperti malas dan pontensi.
- Bagi organisasi boleh
menyebabkan produktiviti menurun , kurang komitmen pekerja menyebabkan
organisasi itu mulai jatuh.
PUNCA
STRES
Stres
Berpunca Dari Dalam Diri
‘Men”s
minds are more deeply disturbed by what they do not see’,demikian antara kata-kata Julius Caesar, Maharaja Rom yang tersohor pada 100 – 44 SM. Stres boleh datang dalam diri
seseorang itu sendiri. Ia merujuk kepada cara dan teknik berfikir, ciri
perwatakan serta cara bagaimana seseorang itu mengambil langkah untuk menyelesaikan
masalah pada masa silam. Mayer ,F & Ray, R,1950 dalam Melgosa.J 2001 telah
mengkategorikan personaliti kepada dua iaitu
jenis A dan jenis B . Individu jenis A dikatakan mempunyai risiko yang sangat
tinggi mendapat serangan penyakit jantung dan menanggung derita serangan
jantung lebih tinggi berbanding dengan personalitI jenis B. Personaliti B
kurang berisiko untuk mendapat serangan penyakit jantung. Personaliti A
dikatakan lebih agresif dan berisiko
untuk mendapat stres kerana mempunyai latar belakang jiwa dan sikap yang impulsif
Kehendak dan
keperluan dalaman seperti ingin popular dan dikenali, kedudukan dan pangkat,
kuasa dan pengaruh , terlalu inginkan kejayaan, kebebasan, dan ganjaran. Di
samping itu pengurusan diri dan masa yang lemah juga boleh menyebabkan stres.
Tidak tahu keutamaan yang perlu
diselesaikan mengikut urutan di samping banyak tugas dan tanggung jawab. Ada juga stres yang
berpunca dari pegangan dan cara hidup
yang negatif. Begitu juga sikap hendak cepat dan segera dalam sesuatu perkara
boleh menimbulkan suasana tegang , kelam kabut dan tidak teratur yang boleh
menambah stres.
Pengalaman yang traumatik juga menjadi faktor membawa
individu itu mengalami stres. Mangsa bencana alam seperti tsunami , ribut
taufan, gempa bumi dan peperangan, kemalangan ngeri, rogol dan membunuh didapti mendorong kepada tahap stres yang
sangat kronik.
Stres Berpunca Dari Faktor Luaran
Stres juga mungkin berpunca daripada alam sekeliling
,misalnya secara langsung stres
disebabkan oleh perubahan cuaca, kebisingan, kesesakan, kekotoran atau bencana
alam yang berlaku tanpa disangka-sangka. Stres tercetus apabila seseorang itu
berada dalam suasana yang membosankan seperti siisteri yang terpaksa berada di
rumah sepanjang hari untuk mengurus kerenah anak-anak atau sisuami yang
terpaksa berjam-jam berada di depan skrin komputer. Di sini kita lihat stres
berpunca dari kebosanan yang terjadi kerana setiap hari kita melalui kehidupan
yang stereotaip iaitu tanpa riadah, hiburan dan teman berbicara.
Antara punca stress yang berkaitan dengan alam
persekitaran ialah keluarga, anak-anak , pekerjaan dan persekitaran tempat
tinggal. Perlu diingatkan bahawa perkara-perkara kecil yang dianggap remeh dan kurang penting boleh menjadikan punca
stres bagi orang lain. Misalnya kehadiran seseorang yang tidak disukai dianggap
tidak memberi apa-apa masalah kepada orang lain, tetapi kepada seseorang
individu yang mentafsirkannya sebagai
satu permasalahan akan mudah berasa tertekan.
STRATEGI
MENGATASI STRESS
Stres yang berpanjangan dan berlebihan jelas akan
mendatangkan kemudaratan. Kemudaratan ini boleh
berlangsung dalam jangka masa
pendek atau jangka masa panjang, secara dalaman dan luaran, serta
melibatkan kos yang tinggi kepada diri
kita , keluarga, masyarakat dan negara. Justeru sebarang usaha untuk mencegah
dan menguruskan stres adalah satu langkah yang bijak ke arah hidup yang sihat,
bahagia dan bermakna.
Menurut Tim Hindle (1998), stres di tempat kerja boleh
dikurangkan dengan mengenalpasti sikap dengan komunikasi dua hala antara majikan dan
pekerja. Kurangkan tekanan dan bebanan kerja dengan berbincang masalah-masalah
dalam pekerjaan secara terbuka. Pihak majikan juga harus menubuhkan sistem
bantuan untuk membantu staf yang stres di samping latihan staf apabila perlu
supaya dapat menguasai kemahiran dan kecekapan bekerja dan menjadi pekerja yang
produktif .
Individu yang yang mengalami stres boleh memilih untuk melepaskan stres
serta merta
Antaranya ialah sebaik berasa diri berada dalam keadaan
tegang, murung atau marah amalkan bersolat , berzikir, membaca Al-Quran dan
berdoa memohon petunjuk dari Allah Yang Maha Esa Di samping itu kita boleh berehat
sama ada bersantai di pantai atau menikmati keindahan lukisan. Dalam keadaan
itu cuba
tarik nafas dan memejamkan mata sambil
membayangkan keindahan alam. Bagi remaja atau mereka yang gemarkan
bunyi-bunyian cuba
mendengar bunyian seperti muzik dan air
terjun.
Tindakan spontan bagi meredakan stres yang dialami ialah
dengan cara menjerit atau menangis. Dengan perlakuan tersebut dapat meredakan
perasaan yang tertekan. Sekiranya kita mempunyai teman yang dipercayai bolehlah
berkongsi kesedihan atau sesuatu yang mengganggu fikiran itu dengan teman rapat
yang dipercayai. Dalam hal ini jauhi teman-teman yang berfikiran negatif dan
boleh menyebabkan kita kecewa atau terluka apabila bersamanya.
Senaman ringkas dalam bentuk yoga atau joging juga boleh
mengurangkan tekanan Bahan makanan yang berkhasiat elok diutamakan dalam
pemilihan makanan kerana kandungannya yang mempunyai banyak vitamin mempunyai
kaitan dengan saraf pemikiran yang tenang dan mental yang sihat. Berbanding
dengan makanan yang terlalu berlemak dan berminyak boleh menambahkan kolesterol
dalam badan dan mengurangkan daya tahan. Cara hidup yang sihat sering dapat
menenangkan kita dari segi kesihatan mental dan menjamin kestabilan dan
kebahagian hidup.
Strategi individu atau cara hidup yang dipilih boleh
membantu mengatasi stres seperti sentiasa bertaqwa kepada Allah iaitu sentiasa
berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Apabila individu itu yakin dengan
keesaaan dan kebesaran Allah, hatinya akan menunduk kepada Allah tanpa rasa
riak dan sombong. Hatinya akan jadi seputih salju dan sebening air di kali. Kahidupannya
akan dirasakan amat bermakna dengan kepasrahan dirinya yang kudus kepada Yang
Maha Kuasa sehingga ia merasakan hidupnya benar-benar bermakna.
Di samping itu
kita mestilah menggunakan dan mengurus masa dengan bijak agar apa yang berlaku
adalah sistematik dan teratur. Cubalah berehat lima minit bagi setiap jam dan individu perlu
bijak menyusun jadual kerja mengikut keutamaan dalam jangka masa yang
ditetapkan. Sifat suka bertangguh dan mengumpul kerja pada saat akhir
mengundang bahaya kerana kita akan berasa tertekan untuk menghabiskan banyak
kerja dalam masa yang singkat. Individu itu juga perlu menentukan keutamaan
hidup dan mengamalkan gaya
hidup sihat.
Dalam hal ini sikap asertif
atau tegas diri boleh membantu kita bagi mengelak dari dibebani oleh
tanggungjawab yang tidak perlu. Oleh itu belajarlah berkata tidak kepada teman
sekerja yang cuba
mencari kesempatan untuk membebankan kita dengan pelbagai tugasan yang bukan
tanggungjawab kita.
Individu mesti mengenal pasti punca stres dan cuba
menghindarkan punca yang membawa kepada stres. Antaranya dengan cara selalu
membentuk suasana riang. Tentukan hala
tuju dalam kerjaya, bersifat fleksible, tidak rigid dan selalu berbincang. Bagi
orang Islam banyakkan bersolat dan berdoa serta bertawakal dan pasrahkan diri
kepada Allah.