9 November 2013 (Sabtu) ~ SELANGKAH '13 Seminar Selangkah Ke Alam Kerjaya & Pameran Peluang-peluang Lanjutan Pengajian Pendidikan Tinggi Tahun 2013 anjuran Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling Kursus KKC 6013, Semester 1 2013/2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris di Dewan Banquet, Bangunan SUK, Negeri Perak.
Alhamdulillah, program ni b'jalan lancar dan selesai semuanya dengan kerjasama semua pihak. Peserta-peserta yang t'libat terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4 di 5 buah sekolah area Ipoh termasuk Institut Latihan Perindustrian, Ipoh. Antara sekolah-sekolah yang terlibat SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Rapat Setia, SMK Jalan Tasek, SMK Seri Intan dan Kolej Vokasional Lebuh Cator.
YB Dr Mohd Amin Zakaria, Pengerusi Pelajaran, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau merupakan perasmi program SELANGKAH '13.
Program ni bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Pelbagai slot tentang kerjaya disampaikan oleh beberapa panel yang dijemput khas. Selain itu, pameran peluang lanjutan pengajian tinggi turut disediakan bagi membuka minda peserta-peserta tentang kerjaya.
SEMINAR '13
Cik Kons & rakan2 sblm hari kejadian... :)
Peserta-peserta tekun m'dgr slot kerjaya...
Bergambar bersama Perasmi Program SELANGKAH '13
YB Dr Mohd Amin Zakaria
Urusetia Program SELANGKAH '13.
No comments:
Post a Comment