Pages

Tuesday, November 12, 2013

~ ADAKAH SAYA STRES??? ~


Pertalian antara kehidupan manusia dengan stres diibaratkan eratnya hubungan ombak dengan pantai. 

Definisi stres - situasi atau perkara yang boleh mengganggu kehidupan seharian.
lJika individu dapat menyesuaikan diri maka ia merupakan stres(positif)iaitu stres yang membina.

lJika individu tidak dapat sesuaikan diri maka ia dianggap stres(negatif) yang merosakkan.
lProses tindak balas secara fizikal, mental dan emosi kepada sesuatu keadaan yang mengganggu ketenangan atau kestabilan seseorang.
lNamun tanpa stres kita mungkin tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Ketahanan fizikal dan mental yang kuat dalam keadaan stres akan menyebabkan kita lebih bermotivasi dan mampu melakukan tugas dengan baik.

Dua personaliti berkait dengan Stres (Friedman dan Ulmer 1984) iaitu :
  •          Personaliti Jenis A
  •          Personaliti Jenis B 
     Personaliti Jenis A.

     lTingkahlaku yang tidak sabar asyik hendak semua, sukakan persaingan, mahu kejayaan dalam tempoh yang singkat.Ada ciri-ciri cyrism iaitu air muka dan air muka dari segi permusuhan agresif hingga meninggalkan kesan negatif 

lPersonaliti A mudah berduka, cepat marah,mudah celaru ,tegang dan bersedih,mendapat penyakit bahaya seperti jantung (Friedman dan Roseman 1971)

Personaliti Jenis B.
lBanyak bersabar, mahu persaingan tetapi bukan persaingan sengit, berjalan dan bergerak agak perlahan, tidak gemar terlalu banyak cabaran, lebih mudah menerima kegagalan.

MENGUKUR TAHAP STRES
Instrumen Saya dan Stres dikemukakan oleh  Profesor Dr.Haji Mohamed Anuar bin Haji Yusuf khusus untuk melihat tahap-tahap peristiwa yang dilalui dan memungkinkan individu itu berada dalam situasi stres. Instrumen ini mengandungi 32 item dengan pilihan jawapan pada skala markat 1, 2, 3 dan 4. Jumlah markat ini digabungkan dan membawa kepada satu jumlah keseluruhan yang boleh ditafsirkan. Berdasarkan jumlah itu individu dapat melihat tahap stres yang ada pada diri mereka.

Item yang disoal merangkumi situasi di tempat kerja seperti :
·         Saya menumpukan perhatian kepada kerja untuk melupakan masalah       peribadi
·         Saya merasakan peranan saya dalam organisasi tidak bernilai
·         Saya sampai lewat ke tempat kerja atau mesyuarat penting
·         Saya tidak mempedulikan kekurangan profesionalisma dan fizikal saya.
·         Saya terlalu sibuk untuk keluar makan tengah hari dengan kawan-              kawan dan rakan sekerja semasa waktu bekerja.
·         Saya malu untuk memberitahu orang lain apabila banyak kerja
·         Saya mengelak dari mengagih tugas kepada orang lain
·         Saya terus membuat kerja tanpa menyusun kerja-kerja mengikut               keutamaan
·         Saya merasakan saya perlu menyelesaikan kerja-kerja tertangguh             setiap hari
·         Kerja menjadi keutamaan berbanding keluarga

                Sementara itu Item yang memperlihatkan sikap atau peribadi pula ialah :
·         Saya memendam masalah sehingga saya rasa  seperti hendak meletup.
·         Saya menyalahkan diri sendiri apabila berlaku masalah di tempat kerja
·         Saya melepaskan rasa marah dan kecewa kepada orang yang hampir.
·         Saya menyedari perubahan negatif pada tingkah laku saya apabila             berada dalam keadaan.
·         Saya lebih berfokus kepada perkara yang negatif berbanding positif           dalam hidup
·         Saya bertindak negatif terhadap tindakan peribadi
·         Saya mengelak dari menunjukkan emosi yang sebenar di tempat kerja       atau di rumah.
·         Orang lain mengambil kesempatan ke atas saya apabila saya tidak             tegas
·         Takut gagal menghalang saya dari mengambil tindakan atau keputusan
·         Saya menjadi kurang sabar jika sesuatu tidak berlaku sebagaimana           yang dirancang.

Berdasarkan item yang dikemukakan memperlihatkan pada kita stres boleh berpunca        1.              Sikap individu itu sendiri
         Penampilan diri dengan pemikiran negatif dan keengganan berinteraksi dengan baik di tempat kerja memungkinkan bahaya stres. Sikap kurang sabar, takut dan cepat marah, menyalahkan diri sendiri dan tidak asertif boleh menyebabkan tekanan dan gejala stres dalam kalangan pekerja di pejabat
2                      Situasi di tempat kerja.
         Bebanan kerja yang gagal diurus dengan baik boleh membawa padah stres. Hubungan dengan majikan dan rakan sekerja juga merupakan elemen penting ke arah menentukan individu itu stres atau tidak.

 PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN STRES

Skor
Indikator
32 - 40
             Kurang stres
41 – 64
             Mampu urus stres dengan baik
65 – 95
             Stres dalam keadaan selamat
96 - 128
             Kadar stres yang tinggi

Skor 32 – 40 : Kurang Stres
        Jika skor anda adalah antara 32 hingga 40 ini menunjukan anda seorang yang tenang  dan periang. Anda mempunyai ketahanan fizikal  iaitu mampu berhadapan dengan pelbagai masalah dan menyesuaikan emosi anda dalam perlbagai situasi. Anda juga dilihat sebagai mempunyai kesihatan mental yang baik dan bermotivasi dalam melaksanakan kerja Sekiranya sesuatu tugasan itu diberikan kepada anda, anda mampu melakukan tugas dengan baik
Skor 41 – 64 : Mampu urus stress dengan baik,
         Jika skor anda berada dalam lingkungan 41 hingga 64 markah anda dilihat sebagai individu yang mempunyai cita-cita tinggi. Anda cuba mencapai cita-cita dan harapan anda. Dalam usaha mengejar impian yang tinggi itu anda mungkin mudah stres tetapi kelebihan yang ada pada anda ialah anda dapat mengawal diri dan mampu mengurus stress yang dialami dengan cara yang positif sehingga tidak membawa kesan buruk kepada diri anda.
Skor 65- 95 :  Stres dalam keadaan selamat
Jika keseluruhan markah yang anda perolehi berada dalam lingkungan 65 hingga 95 menunjukan anda seorang yang teliti. Anda dilihat sebagai tidak suka mendesak. Anda seorang yang teliti dan hormat. Anda  stres tetapi dalam keadaan yang selamat dan masih dapat mengawal stres dari memburukkan situasi hidup anda.
Skor 96 – 128 : Kadar stress yang tinggi
         Setelah mengumpul markah dan didapati markah keseluruhan anda ialah 96 -128, jelas menunjukan kadar stres anda adalah pada kadar yang tinggi. Anda seorang yang perisau dan senang tertekan dengan masalah membawa kepada stres. Tanda-tanda berikut mungkin kelihatan pada diri anda iaitu.
  •          Secara fizikalnya mudah pening, dijangkiti ruam pada kulit, sakit pada bahagian dada dan sakit perut yang semerta.
  •          Dari segi emosi anda tampak murung, agresif semasa berinteraksi dengan orang lain, selalu gugup, mudah menangis walaupun dalam keadaan tidak sepatutnya.
  •          Dari segi mental didapati orang yang stres itu kurang tumpuan terhadap kerja atau pelajaran, mempunyai daya ingatan yang lemah dan  tidak rasional semasa membuat penilaian ke atas sesuatu isu atau perkara atau individu lain.
  •          Ia juga melibatkan tingkah laku seperti  malas dan pontensi.
  •          Bagi organisasi boleh menyebabkan produktiviti menurun , kurang komitmen pekerja menyebabkan organisasi itu mulai jatuh.

   PUNCA STRES
   Stres Berpunca Dari  Dalam Diri
 ‘Men”s  minds are more deeply disturbed by what they do not see’,demikian antara kata-kata Julius Caesar,  Maharaja Rom yang tersohor pada  100 – 44 SM. Stres boleh datang dalam diri seseorang itu sendiri. Ia merujuk kepada cara dan teknik berfikir, ciri perwatakan serta cara bagaimana seseorang itu mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah pada masa silam. Mayer ,F & Ray, R,1950 dalam Melgosa.J 2001 telah mengkategorikan personaliti kepada dua iaitu  jenis A dan jenis B . Individu jenis A dikatakan mempunyai risiko yang sangat tinggi mendapat serangan penyakit jantung dan menanggung derita serangan jantung lebih tinggi berbanding dengan personalitI jenis B. Personaliti B kurang berisiko untuk mendapat serangan penyakit jantung. Personaliti A dikatakan  lebih agresif dan berisiko untuk mendapat stres kerana mempunyai latar belakang  jiwa dan sikap yang impulsif
 Kehendak dan keperluan dalaman seperti ingin popular dan dikenali, kedudukan dan pangkat, kuasa dan pengaruh , terlalu inginkan kejayaan, kebebasan, dan ganjaran. Di samping itu pengurusan diri dan masa yang lemah juga boleh menyebabkan stres. Tidak  tahu keutamaan yang perlu diselesaikan mengikut urutan di samping banyak tugas dan tanggung jawab. Ada juga stres yang berpunca dari  pegangan dan cara hidup yang negatif. Begitu juga sikap hendak cepat dan segera dalam sesuatu perkara boleh menimbulkan suasana tegang , kelam kabut dan tidak teratur yang boleh menambah stres.
Pengalaman yang traumatik juga menjadi faktor membawa individu itu mengalami stres. Mangsa bencana alam seperti tsunami , ribut taufan, gempa bumi dan peperangan, kemalangan ngeri, rogol dan membunuh  didapti mendorong kepada tahap stres yang sangat kronik.
 Stres Berpunca Dari Faktor Luaran
Stres juga mungkin berpunca daripada alam sekeliling ,misalnya secara langsung  stres disebabkan oleh perubahan cuaca, kebisingan, kesesakan, kekotoran atau bencana alam yang berlaku tanpa disangka-sangka. Stres tercetus apabila seseorang itu berada dalam suasana yang membosankan seperti siisteri yang terpaksa berada di rumah sepanjang hari untuk mengurus kerenah anak-anak atau sisuami yang terpaksa berjam-jam berada di depan skrin komputer. Di sini kita lihat stres berpunca dari kebosanan yang terjadi kerana setiap hari kita melalui kehidupan yang stereotaip iaitu tanpa riadah, hiburan dan teman berbicara.
Antara punca stress yang berkaitan dengan alam persekitaran ialah keluarga, anak-anak , pekerjaan dan persekitaran tempat tinggal. Perlu diingatkan bahawa perkara-perkara kecil yang dianggap remeh  dan kurang penting boleh menjadikan punca stres bagi orang lain. Misalnya kehadiran seseorang yang tidak disukai dianggap tidak memberi apa-apa masalah kepada orang lain, tetapi kepada seseorang individu yang  mentafsirkannya sebagai satu permasalahan akan mudah berasa tertekan.

 STRATEGI  MENGATASI  STRESS
Stres yang berpanjangan dan berlebihan jelas akan mendatangkan kemudaratan. Kemudaratan ini boleh  berlangsung dalam jangka masa  pendek atau jangka masa panjang, secara dalaman dan luaran, serta melibatkan kos yang tinggi kepada  diri kita , keluarga, masyarakat dan negara. Justeru sebarang usaha untuk mencegah dan menguruskan stres adalah satu langkah yang bijak ke arah hidup yang sihat, bahagia dan bermakna.
Menurut Tim Hindle (1998), stres di tempat kerja boleh dikurangkan dengan mengenalpasti sikap  dengan komunikasi dua hala antara majikan dan pekerja. Kurangkan tekanan dan bebanan kerja dengan berbincang masalah-masalah dalam pekerjaan secara terbuka. Pihak majikan juga harus menubuhkan sistem bantuan untuk membantu staf yang stres di samping latihan staf apabila perlu supaya dapat menguasai kemahiran dan kecekapan bekerja dan menjadi pekerja yang produktif .
         Individu yang yang mengalami stres boleh memilih untuk melepaskan stres serta merta
Antaranya ialah sebaik berasa diri berada dalam keadaan tegang, murung atau marah amalkan bersolat , berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa memohon petunjuk dari Allah Yang Maha Esa Di samping itu kita boleh berehat sama ada bersantai di pantai atau menikmati keindahan lukisan. Dalam keadaan itu cuba  tarik nafas dan memejamkan mata sambil membayangkan keindahan alam. Bagi remaja atau mereka yang gemarkan bunyi-bunyian cuba  mendengar bunyian seperti muzik dan air terjun.
Tindakan spontan bagi meredakan stres yang dialami ialah dengan cara menjerit atau menangis. Dengan perlakuan tersebut dapat meredakan perasaan yang tertekan. Sekiranya kita mempunyai teman yang dipercayai bolehlah berkongsi kesedihan atau sesuatu yang mengganggu fikiran itu dengan teman rapat yang dipercayai. Dalam hal ini jauhi teman-teman yang berfikiran negatif dan boleh menyebabkan kita kecewa atau terluka apabila bersamanya.
Senaman ringkas dalam bentuk yoga atau joging juga boleh mengurangkan tekanan Bahan makanan yang berkhasiat elok diutamakan dalam pemilihan makanan kerana kandungannya yang mempunyai banyak vitamin mempunyai kaitan dengan saraf pemikiran yang tenang dan mental yang sihat. Berbanding dengan makanan yang terlalu berlemak dan berminyak boleh menambahkan kolesterol dalam badan dan mengurangkan daya tahan. Cara hidup yang sihat sering dapat menenangkan kita dari segi kesihatan mental dan menjamin kestabilan dan kebahagian hidup.
Strategi individu atau cara hidup yang dipilih boleh membantu mengatasi stres seperti sentiasa bertaqwa kepada Allah iaitu sentiasa berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Apabila individu itu yakin dengan keesaaan dan kebesaran Allah, hatinya akan menunduk kepada Allah tanpa rasa riak dan sombong. Hatinya akan jadi seputih salju dan sebening air di kali. Kahidupannya akan dirasakan amat bermakna dengan kepasrahan dirinya yang kudus kepada Yang Maha Kuasa sehingga ia merasakan hidupnya benar-benar bermakna.
     Di samping itu kita mestilah menggunakan dan mengurus masa dengan bijak agar apa yang berlaku adalah sistematik dan teratur. Cubalah berehat lima minit bagi setiap jam dan individu perlu bijak menyusun jadual kerja mengikut keutamaan dalam jangka masa yang ditetapkan. Sifat suka bertangguh dan mengumpul kerja pada saat akhir mengundang bahaya kerana kita akan berasa tertekan untuk menghabiskan banyak kerja dalam masa yang singkat. Individu itu juga perlu menentukan keutamaan hidup dan mengamalkan gaya hidup sihat.
     Dalam hal ini sikap asertif atau tegas diri boleh membantu kita bagi mengelak dari dibebani oleh tanggungjawab yang tidak perlu. Oleh itu belajarlah berkata tidak kepada teman sekerja yang cuba mencari kesempatan untuk membebankan kita dengan pelbagai tugasan yang bukan tanggungjawab kita.
Individu mesti mengenal pasti punca stres dan cuba menghindarkan punca yang membawa kepada stres. Antaranya dengan cara selalu membentuk suasana  riang. Tentukan hala tuju dalam kerjaya, bersifat fleksible, tidak rigid dan selalu berbincang. Bagi orang Islam banyakkan bersolat dan berdoa serta bertawakal dan pasrahkan diri kepada Allah.

No comments:

Post a Comment