Pages

Saturday, November 16, 2013

~ Penyediaan RESUME ~


Resume yang baik m'punyai beberapa p'kara penting tentang diri dan disusun mengikut kepentingan. Antaranya termasuklah:

1. Butir Peribadi (nyatakan semua butir peribadi secara tepat, sahih dan terkini)

  • Nama penuh mengikut kad pengenalan diri.
  • Tarikh lahir
  • Jantina
  • Umur
  • No. kad pengenalan
  • Bangsa
  • Status
  • Alamat tempat tinggal
  • No. tel. yg dpt dihubungi
  • Agama
  • Kewarganegaraan
  • Alamat e-mel (jika ada)
  • Butiran-butiran lain yg difikirkan perlu.
2. Pendidikan
  • Senaraikan semua institusi pend. formal yg telah diikuti b'mula dr. sek hingga ke peringkat t'tinggi, mengikut kronologi awal hingga terkini.
  • Tarikh m'dpt ijazah atau sijil yg telah diperoleh.
  • Kursus major dan minor yg b'kaitan dgn keperluan pekerjaan, t'masuk gred markah dan penulisan tesis, jika b'kaitan.
  • Senarai anugerah biasiswa atau penghargaan yg telah diperoleh.
3. Status pekerjaan (dgn mengikut kronologi dr. awal hingga t'kini nyatakan pengalaman pekerjaan)
  • Tarikh mula bekerja
  • Nama dan alamat majikan t'masuk no. tel.
  • Jawatan yg disandang.
  • Tugas khusus yg dilaksanakan semasa m'jawat jawatan t'sebut.
  • Bidang tanggungjawab semasa memegang jawatan.
4. Gaji
  •  Pemohon boleh menyatakan jumlah gaji yg diinginkan, jika tangga gaji tidak dimaklumkan dalam pengiklanan jawatan. Dalam sektor pekerjaan di bawah skim kerajaan, tangga gaji tertakluk kpd kumpulan pekerjaan itu sendiri, misalnya kumpulan Pengurusan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II.
5. Kemahiran (di dalam resume beberapa kemahiran yg penting boleh dicatatkan oleh pemohon)
  • Penguasaan bahasa (penulisan dan p'tuturan dengan memberikan skala cemerlang, baik, sederhana dan lemah)
  • Kemahiran mengendalikan komputer.
  • Kemahiran b'kaitan dgn jawatan yg dipohon.
  • Masukkan juga latihan, seminar atau bengkel yg telah disertai seblmnya.
  • Kebolehan m'tadbir ujian (misalnya, ujian psikologi) jika berkaitan.
  • Penguasaan bahasa asing spt Bhs Jerman, Jepun dan sebagainya...
6. Wawasan Kerjaya
  • Cita-cita atau wawasan dalam kerjaya merupakan satu kenyataan yang tepat dan ringkas terhadap tujuan memohon pekerjaan itu sendiri dan cita-cita ini mesti b'kaitan dengan jawatan yg dipohon. Misalnya, ingin m'jadi model peranan (role model) kepada pelajar apabila diberi peluang menjadi guru.
  • Nyatakan juga jawatan yang diharapkan.
7. Aktiviti (nyatakan secara ringkas penglibatan/keahlian dalam persatuan/organisasi. Misalnya: )
  • Ahli persatuan PERKAMA (no ahli 00342)
  • Kaunselor Berdaftar (no. pendaftaran 00300)
  • Perakuan Amalan (00201)
  • Menjadi Setiausaha Persatuan Belia di Cawangan...
8. Pencapaian dan Anugerah (Penulisan b'kisar kpd pencapaian dan anugerah akan menunjukkan pemohon seorang yang aktif, berdedikasi, kreatif dan bercita-cita tinggi. Misalnya: )
  • M'peroleh anugerah dan penghargaan spt biasiswa atau hadiah pelajaran.
  • Menerima Anugerah Dekan, sekolah atau institusi.
  • T'pilih dlm projek dianjurkan oleh pihak luar, misalnya m'jadi pembentang kertas kerja dalam Persidangan Antarabangsa di Geneva, berkaitan dengan Hak Asasi Manusia.
9. Maklumat Tambahan (maklumat ini akan m'beri nilai tambah kpd diri pemohon. Misalnya: )
  • Berpengetahuan, berani, berkeyakinan tinggi dan dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Bersedia bertugas di luar kawasan, jika dikehendaki.
10. Rujukan
  • Kebiasaannya dalam permohonan yang melibatkn institusi akademik, dua perujuk adalah diperlukan bagi mengesahkan tentang pengetahuan, kemahiran dan pemahaman tentang bidang yang dipohon. Memberi nama perujuk membuktikan bahawa pemohon sedia diselidiki dengan lebih lanjut berhubung dengan kepakaran atau pekerjaan yang dipohon. Pastikan dua perujuk itu mempunyai pandangan positif, mengenali pemohon dan mengetahui bahawa beliau dijadikan perujuk oleh pemohon.
11. Fotograf
  • Sediakan fotograf berukuran pasport terkini. Tulis nama dan nombor kad pengenalan di belakang fotograf. Fotograf seharusnya formal, mempunyai penampilan positif, kemas dan bersih. Wajah yang dipaparkan seharusnya sihat dan ceria. Fotograf juga memberikan tanggapan awal terhadap pemohon.
12. Dokumen sokongan
  • Semua salinan sijil yang berkaitan perlu dihantar bersama-sama salinan transkrip peperiksaan, ijazah, surat penghargaan serta sijil-sijil yang ada kaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Adalah sangat penting bahawa semua salinan sijil yang telah disahkan oleh kakitangan kerajaan KUMPULAN A dan tarikh pengesahan dibuat tidak melebihi tempoh 3 BULAN. Secara umumnya, perlu diingat bahawa semua data dan maklumat perlu ditulis mengikut kronologi, iaitu dengan menulis data berkaitan dengan tahun terkini terlebih dahulu. Ejaan, tanda baca dan struktur ayat mestilh betul dan tepat. Jangan sesekali memberi maklumat palsu. Sertakan surat iringan bagi permohonan pekerjaan tersebut dengan menyertakan resume. Tidak perlu menulis perkataan RESUME pada resume yang dihantar.

CONTOH RESUME
Rujukan: 

Puteri Hayati Megat Ahmad, 2010. Bimbingan dan Kaunseling KERJAYA, Selangor : Dawama Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment